Update 24/12/2012

 
Syarikat Pak Nik Madu Enterprise telah mendapat kelulusan penggunaan logo "1 Malaysia Best" di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani .
Pengesahan bahawa Syarikat Pak Nik Madu Enterprise adalah usahawan PKS di bawah bimbingan FAMA negeri Kelantan. Syarikat Pak Nik Madu Enterprise telah berada di bawah bimbingan FAMA Negeri Kelantan hampir 5 tahun. Terima kasih kepada pengarah FAMA Negeri Kelantan, En. Azhar B. Jamaludin, Puan Nuriha Yusuff (boss) pegawai PKS FAMA dan semua pegawai lain yang banyak berjasa menaik taraf banyak IKS di Kelantan.

Pengesahan keselamatan produk Pak Nik Madu Enterprise oleh Pihak Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh syarikat kami untuk memastikan produk kami sentiasa bersih, selamat dan berkualiti untuk mendapatkan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sijil penghargaan di atas pernyertaan Syarikat Pak Nik Madu Enterprise dalam menjayakan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat nasional 2012.

0 comments:

Post a Comment